“Tugasan besar” DAP

Lim Kit Siang kemudiannya berkata lagi, demi menyelamatkan negara maka beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan MCA dan GERAKAN. Tetapi Mah Siew Keong dengan pantas menolak “niat baik” Lim Kit Siang itu.

Nampaknya demi keadaan keseluruhan dan demi negara, kepimpinan DAP telah melakukan yang terbaik untuk “menyatukan semua kuasa”; demi menjatuhkan parti yang memerintah, parti itu sudah tidak kisah apa sahaja tindakan yang perlu diambil untuk menarik kerjasama semua pihak. Adakah ini benar-benar demi negara dan keadaan keseluruhan?

Demi keadaan keseluruhan dan negara, Lim Kit Siang berkata beliau tidak peduli dikutuk kerana ini adalah demi generasi akan datang, besar sungguh pengorbanan tersebut. Bagaimanapun, antara DAP, Mahathir dan PPBM terdapat percanggahan yang besar dalam ideologi politik, adalah dibimbangi kerjasama di antara kedua-dua pihak akhirnya menjadi angan-angan sahaja.

PPBM adalah sebuah parti politik Melayu, dan perjuangannya adalah untuk mengekalkan hak kepentingan orang Melayu, semua keutamaan adalah untuk orang Melayu dan sudah jelas sebenarnya parti itu adalah replika UMNO.

Tidak seperti DAP yang mempromosikan parti itu untuk rakyat Malaysia, malah lagu parti juga ditulis dalam bahasa Melayu. Jika DAP bekerjasama dengan PPBM, bukankah ia sama sahaja seperti bekerjasama antara MCA dengan UMNO, sanggup meninggalkan prinsip demi memikirkan keadaan keseluruhan?

Dari sudut Dasar Pendidikan Negara khususnya, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dalam temu ramah akhbar Cina yang lalu berkata bahawa Dasar Pendidikan Negara perlu menggunakan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama. Ini jelas sekali adalah dasar pendidikan UMNO, dan anak Mahathir, Mukhriz satu masa dulu pernah mencadangkan pemansuhan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, nescaya pendiriannya mengenai perkara tersebut tidak berubah.

Jelas kelihatan bahawa Dasar Pendidikan Negara bagi PPBM adalah satu sistem pendidikan, matlamat utama adalah untuk melaksanakan Laporan Razak, sama seperti apa yang diinginkan oleh UMNO. Bagaimanapun, DAP pula menentang satu sistem pendidikan dan membantah matlamat tersebut sehingga ke akhirnya.

Isu pengiktirafan UEC pula, Muhyiddin mendakwa Dong Zong bersikap keterlaluan, enggan menukar silibus SMPC maka pengiktirafan sijil tersebut tidak boleh dilakukan. Namun begitu, Teresa Kok dan Saifuddin Nasution pula berkata bahawa UEC akan diiktiraf sebaik sahaja PH memerintah kerajaan Pusat.

Justeru itu, bagaimana DAP mahu bekerjasama dengan Mahathir dan PPBM? Isu pengiktirafan UEC perlu dibincangkan dan diselesaikan juga, jika PH benar-benar memerintah, adakah UEC akan diiktiraf? Sekiranya tiba masa tersebut, keadaan keseluruhan menjadi pertimbangan, dituruti sahaja kehendak PPBM demi menyelamatkan negara, maka akhirnya perjuangan pengiktirafan UEC akhirnya akan dilepaskan juga. Lagipun keadaan keseluruhan dan tugasan untuk menyelamatkan negara adalah perkara yang lebih penting.

Oleh kerana DAP menekankan kepentingan keadaan menyeluruh dan menyelamatkan negara didahulukan, nampaknya harapan kaum Cina terhadap PH mungkin akan menemui kegagalan, jika tidak, bagaimana untuk mencapai matlamat tugasan besar untuk menyelamatkan negara ini?

Walaupun akhirnya PH memerintah, demi untuk menyelamatkan negara ini, maka kaum Cina tidak perlu lagi menuntut perjuangan keadilan terhadap pendidikan Cina dan pengiktirafan UEC kerana keadaan menyeluruh adalah lebih penting daripada itu. Bagi merestui tugasan besar yang dipikul oleh DAP dan demi kesanggupan Lim Kit Siang menerima kritikan dan penghinaan, maka biarkanlah sahaja kita kaum Cina terus berkorban! – Nanyang Siang Pao

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

Hadi Awang “Man of the year”

Tidak “U-Turn”