TUDM tubuh pasukan khas siasat insiden helikopter terhempas

TUDM turut mengesahkan semua anak kapal dan penumpang helikopter itu selamat.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan berkata helikopter itu berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

TUDM juga menghantar pasukan penyelamat ke lokasi insiden dan mengawal kawasan sebelum membawa keluar helikopter terbabit.

“TUDM turut membuat penilaian ke atas kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Helikopter itu terhempas di atas bumbung bangunan Pusat Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung.

Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar dilaporkan cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.15 dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia