Ini pelantikan keempat baginda selaku Canselor bagi institusi pengajian tinggi itu. Kali pertama Tuanku Syed Faizuddin menerima watikah pelantikan jawatan itu pada 2004. Pelantikan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAPDatuk Prof Emeritus Ir DrZainalMohamed diiringi Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal mempersembahkan watikah itu kepada Raja Muda Perlis di Bilik Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP di Pauh Putra di Arau.
Baginda berjanji untuk terus memberi yang terbaik serta bersama-sama naib canselor dan warga UniMAP membawa universiti itu menjadi institusi akademik dan penyelidikan terhebat serta berdaya saing di persada antarabangsa.
UniMAP merupakan universiti awam yang melahirkan banyak jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara. – Bernama