Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang ke Kedah esok

Keberangkatan pulang baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsung penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara di sini pada pukul 8 pagi.

Menurut buku atur cara istiadat itu, pasangan diraja berkenaan dijadual ke Dataran Parlimen di sini untuk istiadat rasmi perpisahan sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah negara apabila menjadi sultan pertama yang menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama adalah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975 dan kali kedua dari 13 Dis 2011 sehingga 12 Dis 2016.

Baginda digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia