Tuan Ibrahim tinggalkan Sarawak hari ini

“Ya, sekarang saya di lapangan terbang dan akan pulang dengan penerbangan petang ini,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim memaklumkan melalui Facebooknya beliau hanya mendapat kebenaran berada di Sarawak selama dua hari.

“Cadang untuk berada di Kuching sehingga 7 Mei tapi kelulusan hanya diberi sehingga 5 Mei,” tulisnya sambil memuat naik sekeping gambar salinan pas lawatan sosial yang dicop Jabatan Imigresen.

Tuan Ibrahim tiba di Sarawak pada 3 Mei lalu untuk membantu calon PAS berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang lain turut menerima nasib sama dan diarah meninggalkan Sarawak sebelum tarikh pengundian.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta meninggalkan Sarawak pada hari ini selepas dibenarkan berada di Sarawak selama tujuh hari.

Sementara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta meninggalkan Sarawak pada 2 Mei lalu dan tidak dibenarkan masuk semula sehingga hari mengundi pada 7 Mei ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri