Bagaimanapun, masalah angin tidak menentu dan tempat bidikan tidak rata mungkin menyukarkan Khairul bersama Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin.
“Tiada gunanya merungut mengenai masalah ini kerana semuanya sudah terlambat dan pasukan lain juga berdepan masalah sama. Apa yang penting mereka perlu bijak menyerap masalah itu dengan berdiri tegap ketika menarik busar,” kata ketua jurulatih negara, Lee Jae Hyung.
Pusingan penentuan ranking adalah bagi menentukan kedudukan untuk ke undian sebenar dengan mereka berpeluang mengelak pemanah handalan di pusingan awal dan pusingan kedua seandainya mendapat mata tertinggi.
Khairul, 25, menjadi sandaran utama selepas layak ke suku akhir di London 2012. -BH Online