TPM bantu kafankan jenazah sahabatnya

Melalui laman sosial Facebooknya, Ahmad Zahid berkata, arwah Nasir adalah ahli keluarga dan juga sahabat baiknya.

Beliau turut serta membantu urusan mengkafankan jenazah sahabatnya itu selain turut serta menunaikan solat jenazah.

“Ahli keluarga juga Sahabat baik Haji Mohd Nasir Abd Wahab sudah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Semoga Allahyarham Haji Mohd Nasir (Abd Wahab) ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman
dan beramal soleh serta menempatkan beliau di Syurga.

“Kepada seluruh ahli keluarga semoga terus cekal dan tabah menerima ujian yang telah ditentukan ini,” katanya.

Sementara itu, selepas solat Jumaat tadi beliau turut menerima kunjungan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik di pejabatnya, di Putrajaya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia