Tony Fernandes puji Nazir Razak

Menerusi laman Instagram miliknya, Tony berkata, pengumuman oleh Nazir selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group merupakan satu tindakan yang amat baik.

“Beliau secara sukarela telah mengambil cuti supaya siasatan bebas dapat dijalankan untuk kepentingan tadbir urus korporat dan ketelusan,” kata Tony, memetik laman Instagram miliknya.

Selepas Nazir membuat pengumuman tersebut, kebanyakan komen di media sosial memuji dirinya seorang yang berani dan wajar bagi pemimpin lain untuk mencontohi sikapnya itu.

Selain Tony, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir melalui laman Twitter miliknya turut memuji tindakan Nazir tersebut.

“(Tindakannya) lebih mulia berbanding abangnya,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia