Presiden Cuba Raul Castro mengumumkan kematian abangnya di stesen televisyen negara itu, pada Jumaat waktu tempatan.
“Pada 10.29 malam, ketua komander revolusi Cuba, Fidel Castro Ruz, meninggal dunia,” katanya tanpa memberi sebab kematian.
Castro yang menyerahkan kuasa kepada adiknya pada tahun 2008 berada dalam kesihatan kurang baik sejak 2006.
Penduduk Havana menerima berita kematian Castro dengan perasaan sedih.
Castro merupakan Presiden Cuba dengan masa pemerintahan paling lama.
Dilahirkan pada 13 Ogos 1926, Castro merupakan anak seorang petani dari Sepanyol.
Beliau bergabung dengan Partai Rakyat Cuba pada tahun 1947 dan kemudian merebut kekuasaan pada tahun 1959 sebelum mendirikan sebuah negara komunis di negara itu.
Castro juga dikenal sebagai tokoh yang konsisten mempertahankan idealogi komunis ketika banyak negara komunis runtuh.
Mayat Castro akan dibakar, mengikut amanat beliau.