Tok Him malu Tun Mahathir berkawan semula dengan Anwar

Perkara itu yang didedahkan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya sambil menjelaskan sebab itulah Ibrahim tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipengerusikan Mahathir.

“Secara peribadi, Ibrahim memberitahu saya bahawa punca utama beliau tidak dapat bersama dengan Mahathir dalam parti Bersatu bukan kerana berkawan dengan DAP, tetapi kerana Mahathir berkawan semula dengan Anwar Ibrahim yang mahu menggulingkannya dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir berkata beliau malu untuk mengatakan Ibrahim sebagai kawannya berikutan beliau enggan mahu menyertai Bersatu disebabkan Bersatu berkawan dengan DAP. –Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal