TMJ mahu debat dihadiri penyokong

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata beliau tidak sabar untuk berbahas dengan Khairy tentang isu bola sepak negara di hadapan penyokong Harimau Malaysia.

Beliau berkata, bola sepak adalah milik rakyat dan mereka berhak mengetahui situasi dihadapi pasukan kebangsaan sekarang.

“Saya amat menghargai, sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan,” katanya menerusi Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT mencabar Khairy, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan, bagi mencari punca dan penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Cabaran yang dilontarkan Tunku Ismail itu disahut Khairy semalam yang sedia berdebat berhubung kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia.

Tanpa mendedahkan tarikh dan lokasi debat itu, Khairy berkata, beliau sanggup berdebat dengan TMJ, sekiranya ia dapat meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan yang mendapat kritikan hebat peminat bola sepak, selepas jatuh ke ranking 174 dunia, kedudukan terendah dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diperkenalkan pada Disember 1992.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2