Tindakan tegas terhadap penjawat awam sertai BERSIH5 -KSN

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata demikian apabila dimaklumkan bahawa terdapat ‘satu atau dua penjawat awam’ yang dipercayai pensyarah, terlibat dalam perhimpunan itu.

“Penglibatan mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup dan juga gambar dalam media sosial.

“Saya sudah minta kementerian berkaitan melihat sekiranya pegawai-pegawainya terlibat. Bagaimanapun, perkara ini perlu disahkan. Kita tidak boleh terus mengambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini, , Ali mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak diluluskan dan boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal