Tindakan sama terhadap baju ‘merah’ dan ‘kuning’ – Ahmad Zahid

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan mengambil tindakan terhadap gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus.

“Kerajaan berlaku adil dalam kita melaksanakan undang-undang tidak berdasarkan warna kuning atau merah, jika ada yang melanggar undang-undang tindakan akan dibuat sewajarnya,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat, pada Selasa.

Bersih 2.0 yang dikenali dengan tema kuning merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 5 pada 19 November depan.

Susulan daripada itu, gerakan baju Merah muncul bagi menggagalkan himpunan tersebut.

Mengulas mengenai dakwaan Jamal kononnya Bersih 5 dibiayai oleh IS, Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri