KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tidak perlu mempertahankan KK Mart daripada diboikot umat Islam.Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar berkata, lebih banyak kenyataan dikeluarkan pemimpin MCA dan DAP itu ia semakin menyemarakkan kemarahan umat Islam.“Ibarat mencurah minyak ke api di dalam negara dan akan membawa kesan yang lebih buruk kepada negara. KK Mart sendiri telah mengakui kesilapan dan bersedia menerima sebarang tindakan dari pihak berwajib dan masyarakat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Gulam yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu menegaskan, isu kalimah Allah pada stokin bukan isu remeh pada pandangan dan sanubari masyarakat Islam.“Ini bukan isu politik tetapi lebih kepada akidah umat Islam. Tak perlu soal kuantiti stoking yang dijual atau kesan ekonomi kepada masyarakat yang akan berlaku jika boikot dijalankan.“Apa salahnya tindakan Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang nak bertindak sebagai pelindung kepada agama dan pencipta mereka sendiri,” katanya.Menurutnya, ramai orang Melayu yang bersetuju dengan tindakan boikot itu berbanding yang menolaknya.“Nasib baik Pemuda UMNO ada pertimbangan dengan menyuruh boikot, kalau suruh berjihad dengan isu KK Mart lagi parah dibuatnya.“Saya sendiri sarankan tutup 14 hari tanda permohonan maaf, kalau nak lagi berat minta Pemuda UMNO buat petisyen kepada Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam agar tarik darjah kebesaran DS KK Chai,” katanya.Sementara itu, Gulam menyifatkan kenyataan Kor Ming yang mengatakan tindakan Dr Muhamad Akmal akan backfire dan merosakkan semangat Malaysia Madani sebagai dangkal.“Sebenarnya tindakan ‘Tiga Abdul’ ini yang akan merosakkan konsep Madani kerana menghalalkan sesuatu perkara yang terbukti salah atas alasan remeh.“Persoalannya adakah Pengasas KK Mart itu berbangsa Cina, si Tiga Abdul ini bangun mempertahankannya?“If you really want to be different, you’d better keep quiet and shut up and be a good person on the inside“. Untuk Pergerakan Pemuda UMNO, jalan terus!“Selagi ia tidak menyalahi undang-undang, you are on the right track,” katanya lagi. – MalaysiaGazette