Timbalan Gabenor Bank Negara dilantik ganti Zeti

Najib berkata, Yang Dipertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Muhammad untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Muhammad merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010 lalu dan merupakan lulusan dari Universiti Havard, Amerika Syarikat.

Najib berkata, kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Zeti di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor Bank Negara yang ketujuh.

Zeti merupakan gabenor wanita pertama negara telah menerajui Bank Negara Malaysia selama 16 tahun sebelum bersara pada bulan ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia