Ia membabitkan calon BN Datuk Amar Jamilah Anu, calon PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit, dan calon parti Star Johnny Aput.
Nama-nama calon diumumkan Pengurus PRK DUN Tanjong Datu Hamsein Atar.
Hamsein semasa membuat pengumuman berkata empat orang tampil untuk menghantar borang pencalonan, namun selepas disemak beliau berpuas hati bahawa ada nama yang ditolak.
Selepas pengumuman, semasa dirujuk mengenai pencalonan seorang lelaki, Asbor Abdullah yang berhasrat untuk bertanding pada PRK ini sebagai calon bebas, Hamsein
berkata pencalonannya ditolak kerana selepas disiasat, sebelum ini lelaki berkenaan didapati pernah bertanding dalam satu pilihan raya dan tidak menghantar penyata kewangan selepas tamat pertandingan.
PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, dan SPR menetapkan 18 Feb ini sebagai hari mengundi.