Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, dua mangsa kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Pulau Pinang.
“Dua krew yang mengalami kecederaan kini mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya manakala seorang lagi anggota dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan daripada pakar-pakar disana.
“Difahamkan semua berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.18 petang semalam, sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Beechraft B200T yang membawa empat anak kapal terlibat dalam kemalangan berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kemalangan kira-kira jam 5.18 petang itu mengakibatkan seorang meninggal dunia.
“Tiga lagi anak kapal yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan.
“Pihak TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya memetik Sinar Harian.