Tiga lelaki ditahan ceroboh, mendulang emas di tanah milik Sultan Johor

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira 11.50 pagi dalam satu serbuan di lokasi kejadian.

Turut dirampas peralatan yang digunakan untuk mendulang emas seperti pam air, kuali, cangkul, penyodok, baldi dan lain-lain peralatan.

“Pihak polis memandang berat akan kesalahan ini dan menasihati orang ramai agar tidak melakukan kegiatan pencerobohan serta aktiviti mendulang emas secara haram kerana aktiviti tersebut boleh mengundang bahaya kepada pendulang serta mencemar alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka direman dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia