Tiga bulan wanita kahwini ‘lelaki jadian’

Setelah tiga bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri, Heniyati, 25 tidak menyangka bahawa suaminya yang menggunakan nama Efendi Saputra (Suwarti), 40 adalah seorang wanita dan mendakwa dirinya tertipu dengan gaya penampilan lelaki ‘suami’nya itu.

“Dia (Efendi) memalsukan semua dokumen untuk perkahwinan itu. Dia merubah nama dan jantina dia daripada wanita kepada lelaki. Keluarga saya dan saya telah ditipu. Kami berasa malu,” kata ahli keluarga terdekat Heniyati.

Pasangan itu bertemu pada akhir 2015, sepanjang pertemuan itu Efendi mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang anggota polis, Heniyati mempercayainya kerana rupa Efendi iras seperti lelaki dengan potongan rambut pendek persis perwatakan seorang anggota polis, selepas bercinta selama enam bulan, mereka bersetuju untuk berkahwin.

Namun, selepas mereka berkahwin, Heniyati mula merasa curiga terhadap Efendi kerana enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan menjalinkan hubungan intim dengannya, keraguan itu menyebabkan Heniyati mula mendapatkan maklumat mengenai suaminya itu, sehinggalah satu hari Heniyati mengeledah dompet Efendi dan mendapati di kad pengenalan Efendi tertera nama seorang wanita iaitu bernama Suwarti.

Heniyati dan keluarganya kemudian melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Boyolali, Adj Sr Cmr Agung Suyono mengesahkan laporan itu dan mengatakan bahawa Efendi, sudah berada dalam tahanan polis untuk tujuan siasatan.

“Siasatan awal mendapati Suwarti memalsukan semua dokumen peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya.

“Kami masih menyoal beliau untuk mengetahui motif untuk kelakuan itu,” katanya sambil menambah bahawa Suwarti akan didakwa atas kesalahan penipuan dan pemalsuan dokumen. – Jakarta Post

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah