Tidak salah tanya soalan berkaitan 1MDB – Johari

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata sesiapa sahaja ahli Parlimen boleh bertanyakan soalan di dalam Dewan Rakyat.

“Tak ada salah bertanya soalan. Di parlimen semua orang boleh mengemukakan soalan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ahmad Husni ketika membahaskan Bajet 2017 sebelum ini membangkitkan persoalan keperluan kerajaan untuk menubuhkan 1MDB itu.

Turut berbuat demikian, dua bekas anggota kabinet iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Speaker Dewan Rakyat berpendapat, ada kemungkinan mereka bertiga melanggar sumpah menyimpan rahsia kerana bercakap mengenai hal berkaitan kabinet.

Susulan daripada itu, Ahmad Husni hari ini dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia