Tidak perlu tangkap, bawa pengkritik jumpa saya – TMJ

Sebaliknya, Tunku Ismail mencadangkan kepada pihak polis mengaturkan pertemuan dengan individu tersebut supaya beliau dapat mendengar sendiri apa yang mereka mahu suarakan.

“Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya.

“Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

“Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini,” katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam laman facebook Johor Southern Tigers.

Menurut Tunku Ismail, beliau tidak peduli apa yang orang mengata terhadap beliau dan bersyukur dengan apa yang beliau ada ketika ini.

“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini,” katanya.

Seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah sebelum ini ditahan polis kerana dituduh mengutuk pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di laman sosial beliau.

Masyhur yang merupakan Penolong Setiausaha DAP Bukit Bintang menggunakan nama ‘The Kluang Man’ telah menulis status “Tak tahu pula babi dah pakai topi dan pandai pegang garfu sekarang” dengan merujuk gambar TMJ sedang makan gambar gajah.

Gambar makan gajah itu menjadi viral selepas JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam perlawanan Liga Super hujung minggu lalu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia