Tidak perlu siasatan lanjut derma RM2.6b

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau merasa amat lega dengan pengakuan itu kerana meskipun beliau telah menjelaskan perkara ini, ramai pihak masih meragui kenyataannya itu.

Susulan daripada itu Apandi menegaskan pertikaian mengenai perkara itu tidak memerlukan siasatan lanjut apabila Adel sudah mengesahkan sumbangan derma tersebut adalah tulen dan Arab Saudi tidak mengharap­kan apa-apa balasan daripada sumbangan tersebut.

“Alhamdullilah. Bagi saya isu ini sudah tamat, ada yang minta untuk dijalankan siasatan lanjut tetapi saya rasa tidak perlu. Ini kerana telah ada keterangan daripada pemberi dana, jadi apa lagi yang perlu disiasat,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel semalam mengesahkan sumba­ngan derma yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Pada 26 Januari lalu, Mohamed Apandi dalam sidang akhbar di Jabatan Peguam Negara, Putra­jaya berkata, tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Berhad dan dakwaan dana RM2.6 bilion.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri