Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mencadangkan agar kenderaan besar yang menyumbang pelepasan karbon berbanding motosikal kapcai diharamkan.
Amin Nordin berkata, DBKL sudah mengehadkan kemasukan kenderaan berat ke pusat bandar bermula pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.50 petang hingga 7.30 petang.
“Kami akan fikir mengenai pelaksanaan larangan itu sama sekali apabila sistem pengangkutan keseluruhannya sudah siap dan berfungsi,” katanya.
Pada Isnin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangan larangan tersebut bagi mengawal pencemaran di ibu kota.
Wan Junaidi juga berkata cadangan awal menteri itu perlu disertai kajian lanjut bagi mengenali pasti kenderaan penyebab utama pencemaran.