Tidak Perlu Perbincangan” – Pemuda UMNO Jawab Kor Ming

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi mengenai cadangan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malah, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh berkata, tiada keperluan untuk cadangan ini.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan FULLSTOP!!!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Namun, beliau tidak menolak jika Kor Ming mahu bertemu dengannya bagi memberi penjelasan berhubung cadangan tersebut.

“Jika nak jumpa boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali.

“Jika YB setuju,lets find a date!!!,” ujarnya.

Semalam, Kor Ming berkata beliau akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin UMNO bagi memperjelaskan cadangannya berkaitan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak UNESCO.

Ia susulan kenyataan beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dilaporkan menolak keras cadangan itu sambil menyifatkan ia sebagai menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera.

“Sebenarnya saya ada berhubung dengan pemimpin UMNO. Kita ajak mereka bermusyawarah supaya dapat bincang dan ketahui hakikat fakta sebenar serta mereka tak terpesong dengan fakta atau isu sentimen yang dimainkan oleh pembangkang Perikatan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Arca Setia Kawan dan Sambutan Tahun Baharu Cina di Manjung, Perak. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia