Azrel, 30, berkata, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada khamis lalu bersama pembantu peribadinya tapi tidak dimaklumkan atas tujuan apa.
“Saya terkejut dengan berita dan video yang tersebar pada Jumaat. Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa dengan lelaki itu dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.
“Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.
Azrel diminta mengulas tentang video Ruhainies bersama suami Adira yang keluar bersama menjadi kontroversi dan diperkatakan orang.
Dalam laporan mStar Online pada Jumaat, Ruhainies menafikan terdapat hubungan istimewa antara dia dan ahli perniagaan itu.
Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia diperangkap oleh lelaki tersebut yang cuba mencari publisiti murahan.
Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengenali Ruhainies dan sudah menganggap dia sebagai wanita paling rapat dan istimewa.
Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk peringkat seterusnya.
“Saya kenal Ruhainies sejak berlakon Si Montel tahun lalu dan kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong.
“Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewa daripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentang perancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yang boleh disahkan,” ujarnya.
Dalam pada itu Azrel berkata, dia tidak dapat menemani wanita itu kemana-mana buat masa ini berikutan jadual penggambaran yang padat.
Dia juga sibuk dengan penggambaran drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria.
“Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama dan susah nak temani dia (Ruhainies) ke mana-mana. Bagus juga macam tu kerana kalau sering jumpa… bosan pula nanti.
“Tentang kes itu saya belum tanya dia lagi, lepas ini Insya-Allah saya akan hubungi dia,” ujarnya.- mStar Online