Tidak pasti dan tidak tengok lagi permohonan Azizulhasni, kata MSNT

Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu berkata, sepanjang pengetahuannya, beliau tidak pernah menerima surat permohonan daripada Azizul malah langsung tidak mengetahui mengenai permohonan itu.

“Saya tidak pasti dan setakat ini saya tidak tengok lagi surat permohonan itu. Nantilah saya dapatkan maklumat dahulu mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada atlet Sukma Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman pada Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Azizul yang mengatakan Ahmad Razif tidak membantu membelikan basikal roadbike untuk beliau dan seorang lagi atlet berbasikal, Fatihah Mustafa sebagai persediaan ke Olimpik Rio menerusi laman Facebook Jojo Knoxville sejurus beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin, pada Rabu.

Ahmad Razif pula dalam kenyataan balasnya pada Rabu mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) menyiasat dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Ibni Amin berkata kerajaan negeri telah menyampaikan insentif sebanyak RM5,000 kepada Azizulhasni yang diambil oleh ibunya kerana berjaya mewakili negara dalam acara sukan berbasikal di temasya Olimpik Rio. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia