Tidak hanya ‘ikan bilis’, SPRM juga tangkap ‘jerung’

Timbalan Perdana Menteri berkata, penangkapan itu amat dialu-alukan memandangkan kedudukan Malaysia yang agak tinggi dalam Indeks Amalan Rasuah yang disenaraikan pihak antarabangsa.

“Oleh itu, kita berharap ia diteruskan, jangan ada kompromi kerana ia meletakkan imej yang baik kepada negara,” katanya pada sidang media selepas majlis Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk di Bagan Datuk pada Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berharap tindakan penangkapan ‘jerung’ rasuah itu bukan langkah bermusim, sementara atau kes terasing tetapi usaha berterusan SPRM setiap masa.

Beliau yakin kepemimpinan SPRM sekarang memiliki keazaman yang kuat dan jitu bagi membanteras amalan rasuah dan menahan ‘jerung’ yang terbabit dalam kegiatan itu. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia