Tidak adil sita aset majikan lindung pekerja asing, kata KIMMA

Beliau berkata tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan majikan dan mengakibatkan mereka mengalami kerugian besar untuk setiap perniagaan yang diceburi secara besar-besaran di negara ini.

“Saya membaca kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustapa Ali bahawa pihak berkuasa itu akan menyita aset atau harta majikan yang melindungi pekerja asing tanpa izin.

“Kerajaan perlu campur tangan mencari satu nokhtah penyelesaian jangka panjang dalam perkara ini,” katanya, memetik laporan akhbar berbahasa Tamil, Tamil malar hari ini.

“Ini kerana jika tindakan ini diteruskan ramai majikan yang melabur dengan modal berjumlah besar memulakan perniagaan mereka akan berdepan masalah tenaga kerja yang serius dan adalah penting ia dikaji semula,” katanya.

Syed Ibrahim berkata kini wujud keadaan di mana kerajaan tidak mahu melanjutkan tempoh permit pekerja asing sehingga memaksa mereka pulang ke tanahair masing-masing.

Ia menyebabkan masalah kekurangan pekerja kepada majikan yang kemudiannya turut terjejas dari segi perniagaan.

“Ada juga peniaga yang meminjam wang dari agen pinjaman kewangan atau Ah Long untuk memulakan perniagaan yang kemudian hari terjejas.

“Kerajaan perlu melakukan sesuatu iaitu boleh menggaji rakyat tempatan atau memperbaharui permit kepada pekerja asing untuk bekerja, jika mahu sita harta majikan itu tidak adil.

“Harap kerajaan prihatin juga dengan kedudukan syarikat-syarikat perniagaan dan mencari aternatif terbaik,” tegasnya.

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal