Tidak ada parti boleh tiru, ganti UMNO – Idris Haron

Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata sejak ditubuhkan pada 1946, UMNO melalui proses kematangan sungguh hebat, terutama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan proses itu tidak boleh ditiru mana-mana parti yang baru ditubuhkan.

“Menubuhkan parti memiliki ciri-ciri seperti UMNO, dari segi warna hinggalah kepada nama dan pendiriannya, adalah sia-sia sahaja kerana parti seperti itu tidak akan dapat bertahan diuji masa, apatah lagi untuk menggantikan UMNO.

“UMNO kuat disebabkan pengalaman dilaluinya, membentuk sebuah parti yang mempunyai rupa seperti UMNO kerana kecewa atau berniat tidak baik, tidak akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco semalam.

Idris berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 9 Ogos lepas.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri