Tiada wakil Johor di mesyuarat Majlis Raja-raja semalam

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak menghantar wakilnya.

Pada mesyuarat yang bermula 11.15 pagi itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing kecuali Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Semua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah hadir pada mesyuarat itu dengan diiringi Ketua Menteri masing-masing manakala Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia