Tiada rundingan dengan China selesai hutang Ipic -Pengerusi 1MDB

Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata, beliau tidak pernah dihubungi mengenai bantuan China dalam pembayaran berkenaan.

“Tiada siapa yang bercakap dengan saya. Tiada siapa yang bercakap dengan pihak China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Komuniti Keusahawanan Global 2016 di sini, hari ini.

Semalam, sebuah penerbitan kewangan melaporkan China akan membantu 1MDB dalam membuat bayaran balik kepada IPIC, yang melibatkan pertikaian US$6.5 bilion antara 1MDB dan dana milik kerajaan Abu Dhabi itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia