Katanya, pada tahun 1978 UMNO pernah membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS, namun atas pelbagai sebab gabungan itu akhirnya gagal untuk terus bertahan.
“Kami terlibat dalam usaha untuk merealisasikannya tetapi gagal.
“Terdapat contoh terbaik kenapa sukar untuk membentuk kerajaan perpaduan,” katanya.
Tambah beliau, usaha untuk mewujudkan semula kerjasama perpaduan yang pernah gagal dula adalah satu perkara yang sia-sia.
“Dalam aspek umum, PAS dan UMNO boleh bekerjasama, tetapi bukan dibawah satu kerajaan,” katanya sebagai mengulas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan PAS dan UMNO perlu membentuk kerajaan perpaduan.
Nazri menjelaskan agak susah untuk melaksanakan cadangan itu yang juga mengatakan calon PAS harus dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Sekiranya berlaku sesuatu buruk kepada PM dari UMNO, maka ia penggantinya akan terdiri dari UMNO juga.
“Saya tidak peduli tentang kerjasama muafakat politik antara PPBM dan Pakatan Harapan. Biar mereka nak buat apa sahaja saya tak kisah.
“Kami hanya perlu fokus untuk menang PRU akan datang,” katanya. – Tamil Nesan