Perkara berkenaan disahkan Kementerian Luar Negeri melalui satu kenyataan yang diedarkan pada Rabu susulan bencana alam yang melanda wilayah tersebut.
“Setakat ini laporan menyatakan 25 orang telah terkorban dan 26 lagi tercedera. Kesemua 428 pelajar Malaysia di Banda Acheh dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
“Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan,” memetik kenyataan tersebut.
Gempa bumi berskala 6.4 skala Ritcher melanda Banda Acheh yang mana ianya turut disusuli sekurang-kurangnya lima gegaran.
Kejadian tersebut turut menyebabkan berpuluh-puluh bangunan runtuh dan sejumlah penduduk dilaporkan cedera, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.