Tiada perkataan ‘haram’ untuk Pokemon Go

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau pada Ahad, mufti hanya menyatakan bahawa permainan itu tidak digalakkan dalam Islam jika ia membawa kepada kemudaratan.

“Pihak kami amat kesal dengan salah guna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam.

“Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara bukan Muslim yang kita kasihi,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Dr Zulkifli tidak pernah sekali menggunakan istilah ‘haram’ dalam fatwa yang dikeluarkan, tetapi sekadar menasihatkan umat Islam untuk menjauhkan diri daripada permainan Pokemon Go kerana ia membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

“Beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan kecenderungan beliau ke arah pengharamannya iaitu ‘perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

“Sebab utama Mufti tidak menggunakan istilah ‘haram’ kerana ia bukan sesuatu yang qat’ie iaitu ada hukumnya dalam Quran dan Sunnah,” katanya.

Tambahnya, jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita.

Pokemon Go dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai, memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara-negara lain pada hari Ahad.

Permainan ini menggunakan kamera telefon pintar untuk mewujudkan satu pengalaman realiti di mana Pokemon kelihatan hadir secara fizikal di lokasi pemain.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia