Video: Tiada masalah kempen guna gambar PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata gambar Najib boleh digunakan selagi mana ianya tidak digunakan untuk tujuan yang jahat.

Jelasnya, hanya bendera, gambar calon dan gambar tokoh-tokoh parti yang bertanding sahaja dibenarkan dikibar atau ditampal semasa tempoh rasmi berkempen.

“Boleh pakai. Jangan rosakkan, ada unsur-unsur fitnah. Maksudnya jangan membuat orang marah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RakyatPost.my ketika ditanya mengenai laporan yang mengatakan beliau tidak membenarkan gambar Najib digunakan sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 Sarawak.

“Itu orang salah quote (petik). Saya kata jangan buat gambar-gambar pemimpin itu yang boleh merosakkan imej. Tidak bolehlah.

“Kita pilihan raya di dalam ini. Kadang-kadang teknologi sekarang edar di luar sebagainya dengan macam-macam andaian dibuat. Sangat teruklah. So you quote betul-betul sekarang,” tegasnya.

[iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/b6EjCd3GsUk” frameborder=”0″ allowfullscreen ]

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai