Tiada keistimewaan langkau giliran haji

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi menjalankan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak ada istilah kuota menteri ke, kuota timbalan menteri ke, kuota siapa-siapa kerana Tabung Haji sentiasa memastikan segala proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.

“Jadi tidak timbul isu-isu yang dimainkan oleh media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu yang diberi oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengahadiri majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, di Kota Bharu pada Khamis.- Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia