Tiada himpunan di Dataran Merdeka pada 19 November – DBKL

Kata Amin, pihaknya tidak memberikan sebarang kebenaran terhadap kedua-dua permohonan yang dibuat oleh kumpulan tersebut dan melarang mereka untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka.

“Saya membaca kedua-dua surat (permohonan) pagi ini. Tiada perhimpunan (di Dataran Merdeka) akan dibenarkan. Kedua-dua (permohonan) tidak diluluskan.

“(Alasan) Sama seperti semasa perhimpunan sebelum ini,” kata Amin menurut laporan Malaysiakini.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, penganjur diwajibkan melampirkan salinan kelulusan diperolehi daripada pemilik tempat itu, bersama-sama notis mengadakan himpunan yang dikemukakan kepada pegawai Polis Daerah yang bertanggungjawab, sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) Akta yang sama dengan denda maksimum RM10,000.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri