Tiada gangguan bekalan elektrik pada 18 Disember ini -TNB

Kenyataan tersebut adalah bagi menjelaskan mengenai viral media sosial dengan dakwaan satu Malaysia akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada tarikh tersebut.

Melalui kenyataan yang sama, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat & Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin menasihatkan agar pengguna tidak berkongsi maklumat tersebut di media sosial yang lain.

“Saya mengharapkan agar pengguna tidak berkongsi ‘posting’ tersebut kerana ia telah menyebabkan kekeliruan,” katanya memetik kenyataan media tersebut.

Sebelum ini, terdapat satu status tersebar di media sosial yang mengatakan bahawa pada tarikh 18 Disember 2016, gangguan elektrik akan berlaku di seluruh negara dari jam 10 pagi hingga 5 petang khususnya melibatkan kawasan Petaling Jaya dan Subang.

Tambahnya lagi, beliau meminta agar orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung kerja-kerja penyelenggaraan berkala TNB, boleh mendapatkannya di laman web TNB.

“Pengguna boleh melayari laman web kami di https://www.tnb.my/residential/power-alert/ ataupun menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian 1-300-885454,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia