Tiada dana 1MDB masuk dalam akaun peribadi Najib

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata, susulan siasatan yang menyeluruh, ini telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa, yang telah mengesahkan bahawa dana ini dari Arab Saudi.
Syarikat itu berkata, akhbar Wall Street Journal juga terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberi sebarang bukti kukuh untuk mewajarkan dakwaan tersebut.
“Kami mempersoalkan masa serangan baharu ini, timbul hanya beberapa hari selepas 1MDB mengumumkan ia berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian untuk Edra Global Energy Bhd,” katanya.
Selain itu, 1MDB mengesahkan hasratnya untuk membayar balik hutangnya sebanyak RM6 bilion dalam beberapa minggu akan datang, yang membawa kepada semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada lembaran imbangan syarikat itu, katanya.
“Langkah ini mencerminkan kejayaan besar 1MDB melalui pelan rasionalisasinya, dan kami kekal komited untuk memastikan proses ini selesai walaupun serangan berulang terhadap syarikat,” katanya. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia