Tiada cadangan untuk mansuh sekolah vernakular, kata menteri

Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kementeriannya boleh menutup mana-mana sekolah yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) yang tidak menunjukkan enrolmen dalam tempoh 2 tahun.

“Buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk menutup mana-mana sekolah jenis kebangsaan semata-mata untuk memberi laluan kepada sekolah kebangsaan sahaja.

“Seksyen 28 Akta Pendidikan memperuntukkan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan oleh menteri pendidikan,”katanya, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, pada Khamis.

Mahadzir berkata, bagi sekolah berstatus SKM, kementeriannya boleh melaksanakan proses pemberhentian operasi mereka dengan memindahkan waran perjawtannya untuk kegunaan sekolah lain yang mempunyai potensi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Markin @ Marcus Mojingoh yang bertanyakan pendirian dan ketetapan kerajaan terhadap tekanan segelintir kumpulan yang mendesak penutupan sekolah vernakular.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia