Tiada Bonus Raya Buat Penjawat Awam Tahun Ini

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 107 101 116 105 107 97 32 77 97 106 108 105 115 32 66 101 114 98 117 107 97 32 80 117 97 115 97 32 77 97 100 97 110 105 32 110 101 103 101 114 105 32 80 97 104 97 110 103 32 100 105 32 75 117 97 110 116 97 110 44 32 80 97 104 97 110 103 32 112 97 100 97 32 50 51 32 77 97 99 32 50 48 50 52 46 32 45 32 65 70 73 81 32 72 65 77 66 65 76 73 47 80

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak memberi bonus kepada penjawat awam sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tesebut dalam pertimbangan berikutan kerajaan baru sahaja membuat Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 pada 23 Februari lalu.

“Kita baru umum RM2000 dan ini lebih dan ini lebih dari tahun sudah kemudian dalam beberapa bulan ni kita akan luluskan skim persaraan naikkan gaji. Jadi kita kena lihat konteks itu.

“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awam dan untuk skim persaraan ini akan naik lagi. Jadi berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu untuk raya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui seelepas sesi Walkabout Bazar Ramadan Taman Kerang, di sini, hari ini.

Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Bayaran insentif awal itu turut diberikan kepada penjawat awam lantikan kontrak. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia