Tiada ADUN BN akan lompat parti – MB T’ganu

Malah, katanya, beliau yakin BN mampu mengekalkan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekali gus mengekalkan penguasaan parti itu di Terengganu.

Katanya, dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tiga negeri iaitu Johor, Perak dan Terengganu akan kehilangan majoriti dua pertiga susulan tindakan seorang ADUN BN melompat parti di Johor baru-baru ini, hanyalah provokasi murahan.

“Terengganu sekarang sudah sangat kuat dan tiada masalah sebab 17 ADUN BN sudah (kukuhkan) solidariti dan tak ada masalah.

“Itu provokasi daripada Tun Mahathir. Saya lihat sekarang dia sudah tidak ada cara dan strategi sudah tak mengena, jadi akhir sekali dia cuba buat provokasi.

“Insya-Allah, kita kekal di Terengganu dan yakin PRU akan datang, kita dapat mencapai majoriti dua pertiga,” katanya pada sidang media Majlis Pertukaran Perjanjian Kerjasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di ibu negara pada Isnin.

Sabtu lalu, portal berita melaporkan Dr Mahathir dalam ceramahnya mendakwa perubahan wakil rakyat di Johor, Perak dan Terengganu yang akan berlaku tidak lama lagi akan menumbangkan BN di tiga negeri itu sebelum PRU akan datang.

Ia susulan tindakan ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menyebabkan komposisi ADUN BN Johor berkurang kepada 37 daripada 38, manakala pembangkang pula bertambah daripada 18 kepada 19 orang.

Ogos lalu, BN Terengganu dilanda krisis apabila ADUN Kijal yang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, dikatakan akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif, sebelum membatalkan hasrat itu, memetik laporan BH Online.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri