Tiada adegan ‘rogol’ dalam teater Ombak Rindu

Menurut Penerbit Teater tersebut, Siti Rohaya Atan, adegan tersebut tidak akan digunakan kerana beliau mahu mengetengahkan elemen Femenism yang boleh mengangkat taraf wanita kepada satu tahap yang lebih tinggi.

“Sebab kita banyak mengambil buku dua dan buku tiga, buku dua ini dia adalah konflik selepas dia berumah tangga dan buku pertama Izzah banyak sebagai anak yang dilacurkan.

“Jadi saya rasa cerita-cerita perempuan yang dilacurkan banyak, jadi saya melihat pendekatan femenism pada satu tahap yang perlu kita banggakan sudah sisi buruk perempuan itu cukup-cukuplah, kita lihat sisi baik perempuan agar ada benda yang boleh kita ketengahkan.” katanya selepas Media Prebiu di Istana Budaya baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, sekiranya sesebuah pementasan tersebut ingin mengangkat sisi buruk sesebuah watak, jadi ia perlu dilakukan namun untuk pementasan kali ini, beliau tidak mahu menekankan adegan-adegan seperti itu.

“Mungkin kalau cerita-cerita sisi buruk mungkin kita boleh Salina as pelacur, so tak boleh nak excuse benda macam begitu sebab dah profesion dia dah seperti itu.

“Jadi kalau boleh saya tidak mahu ‘meromen’ berlebih-lebihan dalam Ombak Rindu ini.”Ujarnya.

Dalam pada itu, Teater Ombak Rindu Tiada Penghujung ini bakal dipentaskan pada 22 April sehingga 1 Mei dan tiket berharga RM37.10, RM68.90, RM100.70, RM132.50 dan RM174.90.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran