Thangeswary dilantik Speaker DUN Perak

Thangeswary mendapat 30 undi menewaskan Ahli Parlimen Batu Gajah, P. Sivakumar melalui undi yang dijalankan pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat DUN Perak ke-13 di Ipoh pada pagi Selasa.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Muhamad yang mengemukakan nama Thangeswary dan disokong oleh ADUN Chenderiang, Datuk Mah Hang Soon.

Thangeswary merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Hutan Melintang pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Rumaizi Baharin. – Kosmo! Online

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia