Thailand setuju ekstradisi 10 rakyat berhubung kes Wang Kelian

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata persetujuan itu dinyatakan susulan permohonan ekstradisi dikemukakan Malaysia.

Katanya, perkembangan itu membuktikan komitmen Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan manusia.

“Ini selari dengan usaha kita memperbaiki kedudukan ke Tahap Satu senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam kes isu pemerdagangan manusia.

“Ketika ini, Malaysia berada di Tahap Dua dan meletak sasaran memperbaikinya menjelang tahun 2020 bagi memenuhi prasyarat pengecualian visa dari AS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia di Grosvenor House Suites di London pada Isnin.

Ahmad Zahid berada di United Kingdom bagi lawatan kerja lima hari, bermula semalam.

Pertengahan tahun lalu, sebanyak 139 kubur dan 29 kem haram ditemui di Wang Kelian, Perlis, dipercayai mangsa perdagangan manusia, memetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia