Tertuduh kedua kes Kevin Morais dijel dua tahun

Hakim Azian Othman memerintahkan G Gunasekaran, 48, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 15 September tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Gunasekaran didakwa membantu menyembunyikan mayat dan menghapuskan kenderaan bernombor plat WA 6264Q dengan niat untuk mengelak enam tertuduh lagi iaitu S Ravi Chandaran, 45; S Nimalan, 23; A Thinesh Kumar, 26; M Vishwanath, 26, R Dinishwaran, 24, dan pakar patalogi, Kolonel Dr K Kunaseegaran, 53, daripada seksaan undang-undang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dari Jalan Dutamas 1, di sini, ke ladang kelapa sawit Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Hilir Perak, Perak, antara jam 7 pagi pada 4 September 2015 hingga jam 2 pagi keesokannya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda. -BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap