Terjun jambatan, mayat mangsa ditemui

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan II, Isharuddin Ismail berkata, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, Selasa lalu, pasukan peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal bernombor pendaftaran PHM 6667 serta secebis kertas tertera nombor telefon bimbitnya yang ditinggalkan di tepi jalan jambatan berkenaan.

Dilaporkan, mangsa sempat memuat naik status di laman Facebook dengan meluahkan isi hati berikutan masalah yang dihadapinya sebelum nekad untuk menerjun jambatan tersebut.

Pada tahun 2012, Shukri Saad pernah berhadapan dakwaan memiliki rokok seludup sebanyak RM160 tetapi diikat jamin sebanyak RM3,000 dan pada ogos lalu dia ditahan atas kesalahan yang sama, menjual rokok murah bernilai RM200.

Berikutan hutang yang banyak, beliau nekad untuk bertindak sedemikian bagi mengelakkan didenda RM4,000 atau empat bulan penjara berikutan kes jualan rokok seludup pada Ogos lalu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia