Terima kasih MB walau tidak berkenan bantu kami

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasihnya turut ditujukan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Rafiz Abdul Rahman.

Namun, ucapan terima kasih berkenaan dipercayai berbaur sindiran ekoran kerajaan negeri dikatakan tidak memberi sokongan yang penuh buat anak jati Terengganu itu.

“Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini.

“Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.

“Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya hari ini.

Azizul dalam masa yang sama turut berkata agar pihak kerajaan negeri khususnya Ahmad Razif akan lebih positif selepas ini dalam menyokong arena sukan negara lebih-lebih lagi melibatkan keterlibatannya dalam sukan berbasikal.

“Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.

“Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh,” katanya lagi.

Azizul atau Jojie telah berjaya membawa pingat kedua untuk Malaysia dengan meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 yang sedang berlangsung di Rio de Janeiro.

Kejayaan dilakar Azizulhasni itu menyaksikan kontinjen Malaysia kini menambah satu lagi pungutan pingat selepas ratu terjun negara Pandelela Rinong dan gandingannya, Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10 meter platform seirama pada 10 Ogos lalu.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2