Bukan itu saja, parti itu jugab sedia disiasat oleh pihak yang berwajib bagi menolak tohmahan terhadap Presiden yang didakwa menerima wang dari UMNO melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata tindakan undang-undang dan siasatan pihak berwajib penting bagi menolak tohmahan serta membuktikan kebenaran.
“Tuduhan tidak berasas itu menjejaskan nama baik kepemimpinan parti. PAS sedia mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang berterusan melemparkan tuduhan berkenaan.
“Kalau ada bukti, kemukakan secara bertulis. Jangan buat tuduhan macam di kedai kopi,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-55 di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, malam tadi.
Turut hadir, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Idris berkata, PAS akan meminda perlembagaannya bagi menubuhkan Dewan Ulama Kawasan ke arah menjadikan golongan ulama sentiasa dihormati dan berada di barisan hadapan.
“Ini adalah gerak kerja untuk menjadikan golongan ulama dalam PAS benar-benar berfungsi dan dihormati,” katanya.