Tergadai maruahkah pakai jersi ‘pink’?

Beliau berkata bahawa penyokong bola sepak Kelantan itu tidak menyokong pasukan terbabit ekoran tidak mengenakan jersi berwarna merah jambu ketika berlangsungnya perlawanan melibatkan The Red Warrior.

Jelasnya, penyokong perlu membuktikan sokongan terhadap pasukan itu dengan mengenakan jersi merah jambu yang dikeluarkan beliau dengan tujuan mempamerkan keseragaman.

“Penyokong kenalah sokong, belilah jersi. Bila di stadium itu saya lihat bila tengok bola, carca marba warna..semua warna kelabu rojak warna semua ada..

“Kalau peminat sokong dan sayang bola, tak boleh ke pakai baju warna pink? Maruah tergadaikah pakai baju warna pink? Itu yang saya sedih

“Semangat ada..berjuang pun iya…cakap itu, cakap ini semua segala.. Boleh tidak laburkan, jadi penyumbang sikit, sumbang untuk beli satu jersi untuk diri sendiri..Pakai, cantik, bergaya, hilangkan dari semua panas itu..beli jersi dan pakai jersi hari-hari dan lepas itu masa malam perlawanan pakailah jersi warna pink supaya keseragaman, nampak keindahan,” katanya di dalam satu wawancara bersama mStar.

Vida di dalam video berkenaan meluahkan ketidak puasan hatinya ekoran perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa pihaknya telah memastikan jersi keluaran beliau dijual dengan harga mampu milik.

Malah, beliau juga menyatakan beberapa varian warna pilihan yang ada bagi jersi kumpulan bola sepak berkenaan.

“Jersi mahal? RM68 saya buat dalam harga mampu milik untuk dimiliki, tapi tak beli.

“Cakap pung pang pung pang, ke langit semua.. Sokong bukan dengan air liur sahaja sayang oiii.

“Kalau tak nak pakai warna pink, kita ada merah.. Kalau tidak minat merah, kita ada warna biru.. Tetapi kita nak keseragaman masa perlawanan itu dengan warna pink..pleasee..pleaseee sayang,” katanya lagi.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2